Nasi Goreng Kunyit Cili Padi Seafood Untuk Mr. Hubby..

ikutkan memang dah jarang sangat ke dapur…
tapi harini kena rajinkan diri gak sebab mr. hubby cam ngidam nak pekena nasi goreng lak daaa…

berpinggan-pinggan Mr. Hubby dan Adik (anak bongsu) makan hari nie… seronok lak tengokkan depa berdua melantak sakan 🙂

image

Nak masak senang jer pun…

Bahan:
Udang/Sotong (digoreng sederhana masak – jgn terlebih masak lak)
Beberapa ulas bawang putih (diketuk)
Cili padi (ditumbuk kasar) – kalau nak pedas lebih la skit cili tu..
Telur (digoreng ie scramble egg)
Sedikit kacang panjang (potong bulat-bulat)
Nasi yang dah dimasak
*biasanya saya suka masak nasi dulu + klu masak tu jgn la lembik sangat yer

Step:
Tumis bawang + cili padi dengan api sederhana (supaya tidak hangus)
Masukkan nasi yg telah disejukkan sebentar tadi dan gaul sebati
Masukkan sedikit perasa/ garam (ikut citarasa anda); gaul seketika hingga agak garing…
Masukkan kacang panjang (ratakan dan sebatikan seketika, jgn sampai kacang lembik sgt)
Masukkan sotong/udang yang telah goreng sebentar tadi; gaul sebati
Akhir sekali masukkan scramble egg tadi dan kacau sebati, jika kurang perisa/garam… sila tambah ikut kesesuaian tekak anda 🙂

…siap dan boleh dihidangkan…

Tips: Untuk dapatkan nasi goreng yang garing…
– Goreng dulu Udang/Sotong/Telur (ala-ala scramble egg yer) dan ketepikan;
– Setelah nasi digoreng dan ditambah perisa, barulah kita masukkan bahan-bahan sampingan tadi. *Ini akan mengelakkan nasi goreng kita jadi lembik atau benyek…

selamat mencuba 🙂

Posted from WordPress for Android

Leave a comment