Untuk ku dan kamu yang selalu di FB@MukaBuku

❤ Ada kisah yang ingin ku kongsi, Kisah mengenai dunia teknologi,
Bagi yang tidak tahu apa itu FB, Mohon Google search dengan sendiri.

❤ Kawan-kawanku ramai yang ada FB, Ku kenali di sekolah rendah hinggalah Universiti, 
Mudah bagi kami untuk berkomunikasi, Semuanya terletak dihujung jari.

❤ Pelbagai usia pengguna FB, Tak kira tua, dewasa dan remaja muda mudi, 
Bila ditanya tujuan buat FB, Jawabnya banyak ilmu hendak dikongsi.

❤ Bagusnya jika bijak menggunakan FB, Dapatlah saling berkongsi ilmi, 
Namun yang hairannya lain yang jadi, Ilmu tidak dikongsi, dosa yang dicari.

❤ Bukankah tujuan hidup duniawi, Banyakkan ibadah untuk bekalan diri,
Tapi sayangnya manusia zaman kini, Dosa yang sudah banyak ditambah lagi.

❤ Salah guna FB memakan diri, Maksiat berganda dimurkai Ilahi,
Antara punca pergaduhan suami isteri, FB digunakan dengan tujuan tak bererti.

❤ Yang hangat bercinta buat ayat geli-geli, I love you, I miss you di wallpost setiap hari,
Kata update status via Blackberry, Takkan lah dah tak ada kredit nak SMS lagi?

❤ Dinding pula penuh dengan luahan hati, Mencarut di status tidak sedar diri,
Lebih malu sekiranya si gadis yang memaki, Merendahkan martabat si empunya diri.

❤ Gunalah FB untuk saling menasihati, Kongsilah ilmu-ilmu yang diketahui,
Bukan sahaja anda berbakti, Pahala yang dicari pasti menanti!

❤ Selitkan ayat-ayat Quran dan hadis Nabi, Jadikan status di wall FB,
Carilah kalam-kalam hikmah yang mendidik diri, Moga dapat menjadi penghias diri.

❤ Ataupun, uploadlah video dan CD, Masukkan link tazkirah di dinding FB,
Mudah dikongsi, ilmu pun diperolehi, Untuk dijadikan bekalan akhirawi.

❤ Wahai muslim mukmin sejati, Marilah bersama kita bersatu hati,
Ikutilah sunnah perjuangan nabi, Dakwah diberi, nikmat dikecapi.

❤ Sampai disini kisahku kali ini, Moga sedikit sebanyak dapat mencuit hati,
Tidak rugi memanfaatkan teknologi, Jauhkan diri daripada godaan duniawi.

❤ Maaf andai ada yang terhiris hati, Hanya sekadar ingin berkongsi dan saling mengingati *juga kepada diri*

Salam ukhwah ya akhi wa ukhti, Hingga kita bertemu lagi.

~copypaste: dr. Tuan Amdk~

peace ywo.. ✿◠‿◠)♥**

Leave a comment